Friday, January 8, 2010
Pembubaran Angkatab Tentera Bersama 1 Operasi Khas Timor Leste
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Haji Zainal Abidin Haji Zin, Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Dato' Seri Mohd. Anwar Mohd. Nor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Ahmad Latffi Hashim, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Yang Berbahagia Panglima-Panglima Perkhidmatan, Yang Berusaha Kolonel Ismet Nayan Ismail, Komander Operasi Bersama Bagi Kontinjen Malaysia, Dif-dif jemputan, yang diraikan warga Angkatan Tugas Bersama 1 Operasi Khas Timor Leste dan para hadirin yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kepulangan tuan-tuan ke tanah air setelah bertugas di Dili, Timor Leste, sebagai pengaman yang telah dimandatkan atas inisiatif YAB Perdana Menteri. Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan hidayah serta perlindungan-Nya, tuan-tuan telah selamat kembali ke tanah air serta ke pangkuan keluarga tercinta. Tiga bulan yang lalu, tuan-tuan dengan penuh semangat telah berlepas ke Timor Leste dengan tujuan mulia hendak membantu mengembalikan ketenteraman awam akibat pergolakan politik yang berlaku di negara tersebut. Hari ini saya merasa amat berbangga sekali untuk menyambut dan menerima kepulangan tuan-tuan yang telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan begitu cemerlang sekali. Seperti yang kita sedia maklum, Angkatan Tugas Bersama 1 Operasi Khas Timor Leste menyaksikan negara kita telah berganding bahu dengan pasukan pengaman dari negara Australia, New Zealand dan Portugal menyumbang perkhidmatan bagi meringankan beban kerajaan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat Timor Leste. Saya sedar tugas ini bukanlah mudah untuk dilaksanakan apatah lagi di saat itu tuan-tuan telah diarah untuk bertugas dalam keadaan ketegangan masih memuncak. Huru-hara dan pembunuhan juga masih lagi berlaku dan ini menuntut komitmen yang begitu tinggi dari setiap pegawai dan anggota ATM yang dihantar bertugas di sana. Saya turut diberitahu bahawa cuaca di sana ketika itu agak panas dan kering, namun perkara tersebut tidak pula berjaya merendahkan semangat dan moral pasukan kita. Syukur alhamdulillah, dengan berkat ketabahan dan disiplin yang tinggi, berbekalkan semangat yang kental dan perlindungan Allah, tuan-tuan telah dapat mengharungi cabaran getir ini. Malah berjaya pula melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh kesempurnaan dan berkesan. Tuan-tuan dan puan-puan, Dalam tempoh bertugas dari 25 Mei sehingga tamat operasi pada 27 Ogos lalu, kontinjen ATM yang diketuai oleh Kolonel Ismet Nayan Ismail bukan sahaja telah berjaya mengembalikan ketenteraman serta kestabilan dari segi keselamatan dan politik dalam negara Timor Leste, bahkan turut berjaya memenangi hati rakyat negara tersebut. Ini kerana kita berjaya menambat hati mereka menerusi perkhidmatan perubatan yang ditawarkan oleh ATM kepada penduduk tempatan yang memerlukan rawatan. Saya juga difahamkan terdapat dua orang kanak-kanak adik-beradik yang mengalami sakit tulang belakang telah diberikan rawatan dan usaha juga telah dibuat bagi membawa kedua-dua beradik itu ke Malaysia bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjutan. Tuan-tuan dan puan-puan, Saya diberitahu sumbangan kontinjen ATM dalam operasi ini telah mendapat sanjungan dan pengiktirafan bukan sahaja dari pihak pemerintah dan rakyat Timor Leste tetapi juga dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), tentera Australia dan pelbagai pertubuhan lain. Saya merasa terharu dan amat berbangga sekali dengan pengiktirafan ini yang sekali gus membuktikan ATM sememangnya sebuah angkatan tentera yang profesional dan disegani. Kesediaan tuan-tuan melaksanakan banyak tugas sampingan atas inisiatif sendiri sedikit sebanyak turut mencorakkan kejayaan kontinjen kita. Misalnya, sumbangan bakti tuan-tuan membina sebuah bilik komputer dan membaiki beberapa bahagian bangunan rumah anak yatim dengan titik peluh sendiri. Begitu juga dengan bantuan yang tuan-tuan berikan kepada penduduk Islam dan Masjid An Nur. Usaha ini harus dipuji kerana kehadiran tuan-tuan telah menyemarakkan lagi suasana masjid tersebut serta telah dapat mengembalikan syiar Islam di bumi Timor Leste. Saya yakin rakyat Islam Timor Leste akan mengingati pengorbanan dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh tuan-tuan sekalian. Kini tanpa tuan-tuan operasi keamanan di Timor Leste selepas ini akan dikelolakan sepenuhnya oleh PBB. Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula akan terus ditugaskan untuk berkhidmat di bawah panji-panji PBB. Adalah menjadi harapan negara dan rakyat Malaysia agar Timor Leste akan terus dapat menikmati kehidupan yang lebih terjamin dan selamat walaupun kontinjen ATM telah kembali ke Malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan, Perbarisan pada petang ini diadakan khas bagi menyambut kepulangan seramai 663 pegawai dan anggota ATM yang telah bertugas di Timor Leste. Sesungguhnya kerajaan merasa bangga kerana anak-anak watan kita telah berjaya menyelesaikan satu lagi misi penting untuk melihat keamanan di rantau sebelah sini terus terpelihara. Saya juga sedar bahawa banyak pengalaman yang telah dikutip oleh tuan-tuan sepanjang bertugas di sana. Gunakanlah segala pengalaman tersebut untuk tujuan kebaikan serta bagi tujuan memajukan diri dalam kerjaya. Gunakanlah juga ilmu-ilmu baru yang dipelajari sepanjang operasi di Timor Leste bagi mempertingkatkan kemahiran dan profesionalisme. Saya percaya ia boleh membantu dalam aspek gerakan, pentadbiran dan latihan, dan sudah tentunya amat bernilai sebagai unsur-unsur pengajaran. Saya ingin menyarankan agar pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi didokumenkan agar sumbangan ini menjadi bahan rujukan dan panduan kepada mereka yang memerlukan untuk kebaikan perkhidmatan atau misi selanjutnya. Akhir kata, saya bagi pihak kerajaan Malaysia amnya dan ATM khasnya ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan-tuan kerana telah berjaya menyempurnakan misi khas Timor Leste dengan cemerlang. Saya berharap kecermerlangan ini akan dijadikan budaya kerja dalam menjalani kehidupan seharian tuan-tuan. Tidak dilupakan, penghargaan juga ditujukan kepada para isteri dan keluarga tuan-tuan di aas pengorbanan mereka berpisah dengan orang tersayang bagi menyahut panggilan menunaikan tugas dan tanggungjawab negara. Dengan ini saya mengisytiharkan Angkatab Tentera Bersama 1 Operasi Khas Timor Leste dibubarkan dengan rasminya. Sekian.
Posted by some where over the rainbow at 10:32 PM 0 comments
Sunday, January 3, 2010
Malcon bantu perdamaian Timor Leste
|
|
KETIKA arahan dikeluarkan, ada antara mereka sedang bermesyuarat, ada yang sedang bersantai dan ada pula yang sedang menjalani latihan.
Sebahagian besar tidak sempat menerima ucapan selamat jalan daripada isteri, tidak berpeluang mengucup pipi anak-anak yang disayangi dan tidak berkesempatan mencium tangan ibu atau bapa sebelum berangkat menjalankan tugas.
Mereka terpaksa meninggalkan insan-insan tersayang dalam keadaan tergesa-gesa. Tugas negara yang memanggil tidak memberi ruang kepada mereka untuk melakukan amalan yang kebiasaannya mereka lakukan sebelum pergi bekerja.
Demikianlah secebis gambaran bagaimana persiapan yang dilakukan oleh 498 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini bertugas dalam Kontinjen Malaysia (Malcon) di Timor Leste sejak 26 Mei lalu.
Walaupun diberi arahan dalam tempoh yang cukup singkat namun sebagai anggota tentera mereka sentiasa bersiap sedia sepanjang masa, tidak kira di mana sahaja. Apa juga yang sedang mereka lakukan, apabila ‘semboyan tugas dibunyikan’ segala-galanya harus dilupakan.
Sebagai insan biasa, kesedihan meninggalkan keluarga tersayang terutama anak-anak pasti wujud, apatah lagi mereka perlu menjalankan tugas itu bagi tempoh tiga bulan.
Namun semua itu bukanlah halangan bagi mereka untuk menyahut panggilan negara. Mereka hadir di Timor Leste dengan penuh semangat bukan sahaja demi menjaga imej Malaysia tetapi juga menyumbang ke arah mewujudkan keamanan kepada sebuah negara Asia yang baru merdeka.
Biarpun kerinduan kepada keluarga dibawa bersama tetapi tidaklah sampai menjejaskan tugas yang diamanahkan kerana itulah sumpah mereka sebagai perwira negara.
Kini sudah sebulan mereka menabur bakti di negara yang pernah menjadi wilayah ke-27 republik Indonesia itu dengan diketuai oleh Kolonel Ismet Nayan Ismail.
Di Timor Leste, Malcon bergabung di bawah Pasukan Petugas Bersama (JTF) yang diketuai oleh Australia dan turut disertai oleh Portugal dan New Zealand.
Malcon menggabungkan kesemua elemen dalam ATM dengan Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) dari 10 Briged Para menjadi tunjang utama.
Pasukan ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (Paskal), Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanise, Cawangan Penyiasatan Khas ATM kawasan Selatan dan Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan.
Turut terlibat dalam operasi di Timor Leste ini ialah kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlabuh di Pelabuhan Dili sejak 3 Jun lalu.
Kapal berkenaan akan berada di situ hingga 28 Jun sebelum diambil alih oleh kapal KD Indera Sakti.
Kehadiran Malcon di Timor Leste ternyata mampu membawa perubahan kepada keadaan keselamatan di negara itu.
Malah berikutan komitmen yang ditunjukkan, pasukan berkenaan diberi tanggungjawab menjaga Jambatan Comoro – sebuah jambatan strategik yang menghubungi Dili dengan bandar-bandar lain.
Seperti misi-misi di luar negara sebelum ini, kehadiran ATM sentiasa sahaja membawa impak positif kepada sebarang konflik yang berlaku.
Di Timor Leste, penduduk tidak pernah melihat kedatangan pasukan Malaysia sebagai musuh yang cuba mengambil kesempatan ke atas negara itu.
Jeritan ‘Malaysia, Malaysia’ pasti akan kedengaran apabila ATM melalui mana-mana kawasan. Penduduk menghargai sumbangan Malaysia, mereka mengagumi kontinjen kita dan mereka juga amat menyanjungi sumbangan Malcon.
Sikap anggota-anggota Malcon yang sentiasa mengekalkan pendekatan ‘mesra tetapi tegas’ telah memungkinkan rakyat Timor Leste berasa lebih selesa dengan pasukan itu.
Tambahan pula, rakyat Malaysia dilihat mempunyai persamaan dari segi bahasa dan budaya. Semua ini menyumbangkan kepada kejayaan pelaksanaan tugas Malcon di Timor Leste.
Walaupun ada antara mereka terpaksa tidur di dalam khemah di tepi pantai dan dibakar oleh panas matahari atau tinggal di kawasan pedalaman yang agak jauh daripada kebisingan kota Dili, namun semua itu tidak pernah melunturkan semangat anggota-anggota Malcon.
Setiap tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan penuh tekun, gigih dan berdisiplin.
Bagi anggota-anggota Malcon, bertugas di Timor Leste adalah satu penghormatan dan bukannya sesuatu yang perlu dikesalkan.
Kini pasukan itu terus menabur bakti di bumi Lorosae sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan lagi. Apabila misi itu selesai sudah pasti sumbangan ATM akan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Posted by some where over the rainbow at 6:06 AM 0 comments
Deployment
Deployment
A forward deployment of approximately 200, including a commando company from the 4th Battalion of the Royal Australian Regiment, secured an entry point for follow-on forces centred on Dili Airport.
The full deployment consisted of a battalion group of about 1,800 personnel drawn from the 3rd Battalion of the Royal Australian Regiment and other Australian and New Zealand Army units. Evacuations were carried out by C-130 Hercules aircraft from the Royal Australian Air Force, using RAAF Base Darwin as a forward operating base
Initial assets deployed included the guided-missile frigate HMAS Adelaide, the replenishment vessel HMAS Success and the amphibious landing/hospital ship HMAS Kanimbla. Landing ships HMAS Tobruk and HMAS Manoora were also sent to East Timor with follow-on forces.
Operation Astute was established at the request of East Timor's government. Troops from former INTERFET nations including mostly from Malaysia, New Zealand and Portugal have augmented the Australian force. Prior to sending troops, each participating government negotiated a Status of Forces Agreement (SOFA) with the government of East Timor.
Malaysian Army forces began arriving on 26 May, by air.
Posted by some where over the rainbow at 6:02 AM 0 comments
Malaysian Army
Malaysian Army
- 209 parachute special force soldiers from the 10th Paratrooper Brigade
- Transport aircraft
- Elements, 19th Battalion, Royal Malay Regt (Mechanised)
- Elements from Grup Gerak Khas (Army Special Forces)
Royal Malaysian Navy
- Elements from PASKAL (Navy Special Force)
- Two warships; KD Mahawangsa and KD Indera Sakti
Posted by some where over the rainbow at 6:00 AM 0 comments
Operation Astute
May 26, 2006 19:58 PM | |
Malaysia Sends 209 Soldiers To Help Quell Unrest In Timor Leste
SUBANG, May 26 (Bernama) -- Malaysia is sending 209 soldiers to Dili to help quell escalating violence between rival factions in Timor Leste, the world's youngest nation, following a request from that government.
The soldiers are drawn from the 10th Brigade Paratroopers based in Terendak Camp, Melaka, and a unit of the army special force from Mersing Camp, Johor, and will be headed by Col Ismeth Nayan Ismail, a spokesman of the Defence Ministry who did not want to be named told Bernama here.
He said they would depart in Royal Malaysia Air Force (RMAF) transport aircraft from the RMAF base here at midnight.
The team is expected to join the advance party of 25 Malaysian military officers who left for Dili earlier, and would remain in that country for two weeks, he said.
Nine people were killed and 27 wounded Thursday in clashes between rival factions in Timor Leste that resulted from a government's decision to sack almost half of the country's military after they protested against poor conditions.
Two Royal Malaysian Navy (RMN) vessels, KD Merong Mahawangsa and KD Inderasakti, are ferrying the equipment of the Malaysian troops, including armoured carriers.
They left the Lumut naval base at noon Friday, the spokesman said.
Six Malaysian journalists, photographers and cameramen, from the Malaysian National News Agency (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) and TV3, are joining the troops on their mission.
Australia, which led a United Nations military force in Timor Leste after Dili's bloody break for independence from Indonesia, has offered to send up to 1,300 forces, ships, helicopters and armoured personnel carriers.
The first 100 Australian soldiers from an elite commando unit arrived in Dili Thursday. New Zealand is sending 60 policemen and soldiers while Portugal has agreed to send 40 military personnel.
-- BERNAMA
Posted by some where over the rainbow at 5:54 AM 0 comments